……Misalnya, saya menyuruh anda membuat latihan gerakan badan dalam kumpulan di taman-taman untuk membentukkan satu suasana. Pembentukan suasana sedemikian adalah cara yang paling baik untuk mengubahkan permukaan seseorang. Akhlak tinggi yang dibina oleh pelatih-pelatih Falun Dafa dalam suasana sedemikian – termasuk kata-kata dan tingkah-laku mereka – boleh menyedarkan seseorang tentang kelemahannya dan mengenalpasti kekurangannya. Ianya boleh menyentuh hati seseorang, memurnikan perangainya, dan membolehkan seseorang maju dengan lebih pesat. Oleh itu, pelatih-pelatih baru atau mereka yang belajar sendiri mesti pergi ke tapak-tapak latihan untuk membuat latihan gerak badan.......– dipetik dari "Falun Dafa, Dasar-Dasar Penting Bagi Kemajuan Lanjutan"
Terdapat beratus-ratus tapak latihan di seluruh dunia di mana pelatih-pelatih Falun Dafa berkumpul untuk membuat latihan gerak-badan dan/atau membincangkan ajaran-ajaran Falun Dafa. ‘Tapak’ itu mungkin di taman, perpustakaan, hospital, ataupun di tempat tinggal anda. Semua dialu-alukan. Di tapak-tapak itu, anda akan menemui pelatih-pelatih yang rela mengajar anda latihan-latihan berkenaan. Anda boleh juga membuat temujanji untuk belajar di mana-mana jua. Kesemua tunjuk ajar itu adalah percuma.