Tiada jalan yang tetap untuk mula mempelajari Falun
Dafa. Anda boleh mempelajarinya dari mana-mana satu tapak latihan.
Jika seseorang itu berhati sungguh, apa sahaja jalan yang dia gunakan
jua akan berhasil. Dia pasti akan dapati Falun Dafa jauh berbeza daripada
apa-apa sahaja yang pernah dia belajar dan berlatih sebelum ini disebabkan
isi kandungan Falun Dafa adalah amat luar-biasa dan hebat. Kesabaran
dan kerelaan anda akan menjaminkan proses pembelajaran anda itu licin
dan cepat. Kebanyakan orang dapati mempelajarinya secara beramai-ramai
paling menyeronokkan.
Falun Dafa mempunyai 5 set latihan gerak-badan yang lemah-lembut.
Antaranya ialah tafakul bersila. Falun Dafa melibatkan pembelajaran
prinsip-prinsip pembinaan akhlak kendiri, iaitu penyesuaian diri dengan
sifat-sifat Sejati, Baik dan
Sabar. Ini boleh dicapai dengan membaca buku-buku
utama yang ditulis oleh Encik Li Hongzhi, pengasas Falun Dafa, ataupun
dengan menonton rakaman video, ataupun mendengar rakaman kaset ceramah
beliau. Sebuah buku, beberapa set latihan gerak-badan dan prinsip-prinsip
ulung yang mengagumkan – itulah gambaran ringkas mengenai Falun
Dafa. Yang lain, bagaimana hendak mengamalkannya dalam kehidupan,
adalah terletak pada tangan anda sendiri.
Anda boleh memulakan pembelajaran Falun Dafa dengan memilih salah
satu daripada cara-cara berikut:-
Terdapat beratus-ratus tapak latihan di seluruh dunia
di mana pelatih Falun Dafa berkumpul dan melakukan latihan gerak-badan
dan/atau mengaji dan membincangkan ajaran-ajaran Falun Dafa. "Tapak"
itu mungkin di taman, perpustakaan, hospital, ataupun di YMCA tempatan.
Orang ramai boleh datang ke tapak-tapak tersebut di mana pelatih-pelatih
Falun Dafa akan terus mengajar anda latihan gerak-badan ataupun membuat
temujanji untuk mengajar anda di tempat lain. Semua tunjuk cara adalah
percuma.
Mempelajari gerak-badan berkenaan
daripada rakaman video
Anda boleh mempelajari gerak-badan Falun Dafa dengan
menonton video sambil melakukannya. Rakaman video tersebut menayangkan
Encik Li Hongzhi membuat tunjuk cara mengenai gerak-badan berkenaan.
Ianya merangkumi penjelasan tentang corak pergerakan, intisari-intisarinya
dan kesan-kesannya. Rakaman video berkenaan boleh di‘downloadkan’
dengan percuma dari Internet, dibeli dari kedai-kedai buku, ataupun
dipinjam daripada pelatih Falun Dafa di tapak latihan tempatan.
Anda boleh mempelajari prinsip-prinsip Falun Dafa dengan
membaca 2 buah buku utama yang ditulis oleh Encik Li Hongzhi –
Falun Gong dan Zhuan Falun. Falun Gong ditulis dengan sistematik. Ianya merupakan
buku pengenalan yang membincangkan qigong, memperkenalkan prinsip-prinsipnya
dan memberi ilustrasi dan penerangan mengenai gerak-badannya. Kami
mencadangkan mereka yang baru bermula dan mereka yang tidak mempunyai
latar-belakang qigong bermula dengan membaca buku ini. Zhuan Falun
adalah buku yang paling menyeluruh dan paling penting bagi latihan
Falun Dafa. Tetapi ianya paling baik dibaca setelah seseorang itu
memperolehi pengetahuan asas. Disunting dalam bentuk 9 ceramah, buku
ini merupakan buku yang paling laris di Negara Cina pada tahun 1996.
Bagi mereka yang sungguh-sungguh hendak melanjutkan latihan Falun
Dafa, wajarlah mereka memahami Zhuan Falun secara menyeluruh.
Seperti dengan rakaman video bagi latihan gerak-badan, kedua-dua buku
ini boleh juga di "downloadkan" dengan percuma, beli dari
kedai-kedai buku, pinjam dari perpustakaan tempatan, ataupun pinjam
daripada pelatih-pelatih Falun Dafa di tapak-tapak latihan tempatan.
Kumpulan Falun Dafa dari tapak-tapak latihan di seluruh dunia
sering mengelolakan Seminar Video 9-Sesi. Seminar sedemikian merupakan
cara yang paling menyeluruh untuk memulakan latihan Falun Dafa. Dengan
mengikuti seminar sedemikian, peserta-peserta dapat menonton 9 ceramah
yang disampaikan oleh Encik Li, mempelajari kesemua gerak-badan, dan
berpeluang membincangkan latihan berkenaan dengan pelatih-pelatih
lama. Seminar sedemikian juga percuma dan anda amat dialu-alukan.
Untuk memudahkan mereka yang berminat, yang tinggal
di tempat-tempat yang tiada kumpulan latihan, pelatih-pelatih Falun
Dafa rela mengaturkan temujanji untuk mengajar gerak-badan dan memperkenalkan
latihan ini kepada mereka yang berminat. Biasanya mereka itu akan
mengumpulkan beberapa orang kawan, menempah sebuah bilik di perpustakaan
tempatan, dan menjemput pelatih-pelatih Falun Dafa datang mengajar
mereka. Kebanyakan pelatih Falun Dafa rela mengajar mereka yang berminat,
tanpa mengira berapa ramai dan di mana mereka berada. Sebagai contoh,
pelatih California pernah pergi ke Guatemala dan pelatih Swedish pernah
pergi ke Amerika Selatan untuk tujuan sedemikian. Ini juga percuma
sama sekali.