Pancaragam Alam Syurga di Malaysia menyambut Festival Tanglung dengan
penduduk tempatan (Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia
(Falundafa.org.my)
Pada tarikh 28 Februari,
2010, Pancaragam Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di Jambatan Lapan
di Pelabuhan Kelang, menyambut festival dengan beribu-ribu penduduk tempatan
dan membawa keindahan Falun Dafa kepada rakyat Malaysia.
Pancaragam
Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di Pelabuhan Kelang untuk menyambut
Festival Tanglung Pancaragam
menarik perhatian banyak penonton. (1)
Seorang penduduk tempatan membaca
risalah-risalah tentang Falun Gong dan mendedahkan penindasan Falun Gong di
China oleh Parti Komunis China (PKC). Pada pukul 9 malam, Pancaragam Alam
Syurga Malaysia mempersembahkan “Falun Dafa Baik” dan melodi-melodi lain di
Times Square di Jambatan Lapan, Pelabuhan Kelang. Persembahan ini menarik
perhatian banyak penonton yang berkumpul di sekitar dan meminta bahan-bahan
bercetak tentang Falun Gong dan penindasan Parti Komunis China (PKC)
terhadap Falun Gong di China. Seorang wanita membaca risalah dan
meminta nombor telefon untuk mempelajari latihan. Seorang lelaki budiman membaca
bahan-bahan maklumat dan menyatakan keperihatinannya terhadap perampasan
organ-organ pelajar Falun Gong secara hidup-hidup di China.
. |