Malaysia:
Perarakan Falun Gong menyambut Tahun Baru Cina
(Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia
(Falundafa.org.my)
Pelajar Falun Gong
mengadakan perarakan sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Gambir, Ledang, Johor
pada 16 Februari 2010. Perarakan yang terdiri daripada Pancaragam Alam
Syurga, Kumpulan Tarian Tradisional Cina dan Kumpulan Gendang Pinggang,
mengirim salam kepada penduduk tempatan.
FPelajar
Falun Gong memberikan salam Tahun Baru Cina kepada penduduk tempatan di Bukit
Gambir dengan berarak Penonton
terpesona dengan perarakan Falun Gong. Penganjur acara Encik Chen mengatakan perarakan menerima sokongan besar daripada polis tempatan, ketua kampung dan selebriti. Setelah melihat perarakan agung ini, ketua kampung memberitahu Encik Chen, kali berikutnya merancang mengadakan perarakan, mereka boleh memberitahunya dengan lebih awal lagi supaya dia boleh membuka stadium untuk mereka dan menjemput pihak media. Sebuah organisasi sukarelawan, RELA, mengambil inisiatif untuk membantu. Encik Chen sangat menghargai bantuan mereka. Setelah melihat perarakan mereka, seorang selebriti tempatan mengundang pelajar Falun Gong untuk berarak sekali lagi mengikuti laluan yang berbeza. Pelajar Falun Gong berlepas serta-merta. Jalan pertama meliputi jalan-jalan utama. Jalan kedua bermula dari stadium dan berlalu ke seluruh pekan. Ini adalah kali pertama bagi penduduk tempatan untuk melihat perarakan ini. Mereka gembira perarakan membawa suasana hari cuti dan budaya Cina ke pekan mereka. Puan Huang dan suaminya Encik Jiang menghentikan kereta mereka dan menyaksikan perarakan dengan gembira. Ini adalah kali pertama dia melihat aktiviti jalanan berskala besar di sana. Mereka menikmati segalanya, termasuk kostum dan muzik. Budaya tradisional Cina yang dibawa perarakan menyegarkan penduduk tempatan.Versi Cina boleh
diperolehi di
http://minghui.ca/mh/articles/2010/2/18/218422p.html |