Malaysia: Perhimpunan diadakan pada Hari Tahun Baru untuk mengutuk penindasan dan mendorong orang keluar dari PKC (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falindafa.org.my) Pada hari Tahun Baru 2010, Pusat Perkhidmatan untuk Keluar daripada Parti Komunis China (PKC) mengadakan perhimpunan di Taman Permaisuri untuk menandakan 66 juta orang menolak Parti Komunis China (PKC) dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya. Perhimpunan juga menyambut dakwaan Mahkamah Sepanyol terhadap pegawai-pegawai tinggi PKC untuk penindasan terhadap Falun Gong. Peserta-peserta perhimpunan meminta orang-orang China untuk keluar daripada PKC pada tahun baru.

 

 Perhimpunan menyokong 66 juta orang yang telah keluar daripada Parti Komunis China (PKC) dan pertubuhan-pertubahan gabunganya

 

  

 Orang ramai mengetahui fakta

Acara ini diadakan pada 5.20 petang. Sukarelawan daripada Pusat Perkhidmatan untuk Keluar daripada PKC memegang sepanduk yang bertulis, '66 juta orang keluar daripada PKC'. 'Mahkamah Sepanyol mendakwa Jiang Zemin dan empat pegawai-pegawai tinggi PKC yang lain untuk jenayah pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan' dan 'Semua orang sedang bangun, menguraikan PKC'.

 Jurucakap Encik Ng dan Encik Chai membaca satu kenyataan menyokong pengunduran daripada PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya di dalam bahasa Melayu dan Cina semasa perhimpunan.

 Encik Chai berkata, Ketika pelanggaran hak asasi manusia berlaku di satu tempat, ini bukan satu jenayah terhadap masyarakat tempatan, tetapi jenayah terhadap seluruh masyarakat antarabangsa dan semua umat manusia.

 "Pada Julai 1999, PKC yang diketuai oleh Jiang Zemin memulakan satu dasar untuk pembunuhan beramai-ramai terhadap pelajar-pelajar Falun Gong. Kini telah lebih daripada sepuluh tahun. Kekejamannya berada di luar imiginasi kebanyakan orang. Skala besar perampasan organ daripada pelajar-pelajar Falun Gong ialah satu kejahatan yang tidak pernah berlaku di bumi ini. Penindasan ini tidak hanya terbatas di China, tetapi telah dieksport ke luar negeri. PKC melanggar hak asasi manusia di luar negeri dengan berbagai kaedah dan memaksa media negara lain untuk berdiam.

Di perhimpunan, poster digantung untuk mendedahkan sejarah membunuh PKC selepas merampas kuasa 60 tahun yang lalu.

Abdul Mutalib, penduduk tempatan dan seorang pemandu pelancongan, mengatakan dalam satu wawancara, Aktiviti ini sangat bagus kerana dapat membangkitkan hati nurani rakyat. Ini akan mendapat sokongan bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

 

 

Pemandu pelancongan Abdul Mutalib sedang diwawancara

Pada saat ini, kita telah menglobalsasikan dalam soal maklumat. Banyak orang di Malaysia boleh memperoleh maklumat mengenai perkara-perkara yang berlaku di China dan negara komunis yang lain. Tidak kira orang Malaysia, Cina atau India, kita menyokong acara ini kerana ia adalah mengenai hak asasi manusia.

Berkaitan dengan dakwaan mahkamah Sepanyol terhadap Jiang Zemin dan pegawai-pegawai PKC yang lain, Encik Mutalib berkata, Kita berharap lebih banyak kemajuan positif akan berlaku yang memberikan kebebasan yang lebih kepada orang China.

Berkaitan dengan perampasan organ secara hidup-hidup, dia berkata, Seluruh dunia perlu berdiri untuk memprotes kejahatan semacam itu.

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/1/2/215576p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/1/3/113596p.html