Pelajar menyertai dalam Expo Kesihatan Antarabangsa Malaysia Keenam (Foto)
	 
	Oleh 
	seorang pelajar Falun Gong di Malaysia
    
(Falundafa.org.my) 
Dari 20-22 November, Expo 
	Kesihatan Antarabangsa Malaysia Keenam diadakan di Pusat Perdagangan Dunia 
	Putra di Kuala Lumpur, Malaysia. Pelajar Falun Gong tempatan menyertai expo 
	kesihatan. 
| 
 Gerai Falun 
Gong di Expo Kesihatan Antarabangsa Malaysia Keenam | 
    
Expo tersebut menjemput 88 
	syarikat dan organisasi, dengan jumlah lebih daripada 100 gerai memaparkan 
	produk-produk kesihatan dan pelbagai maklumat. Penganjur menganggarkan 
	sekitar 40,000 ribu pengunjung melawati expo selama tiga hari ia 
	dilaksanakan. 
	Falun Gong adalah 
	satu-satunya kumpulan latihan qigong di dalam expo tersebut. Bahagian depan 
	gerai Falun Gong dihiasi dengan gambar-gambar menunjukan gerakan latihan. Di 
	sana juga terdapat satu senarai lokasi latihan diajar di Malaysia dan 
	bahan-bahan memperkenalkan Falun Gong. Di skrin televisyen, video Master Li 
	mengajar latihan dan video klarifikasi kebenaran yang lain dipaparkan.
	Latihan didemonstrasi oleh 
	pelajar, menarik banyak pengunjung untuk datang ke gerai. Ada yang mengambil 
	kertas lipat bungai teratai dan banyak meminta untuk jadual latihan diajar. 
	Seorang lelaki mengkomen bahawa mengajar latihan secara percuma adalah 
	memberikan satu perkhidmatan yang baik.
	Pelajar Encik Lin 
	sukarelawan berada di gerai Falun Gong selama tiga hari. Dia mengatakan 
	sebahagian besar pengunjung pernah mendengar mengenai Falun Gong dan 
	beringin sangat untuk mendengar lebih banyak mengenai manfaat kesihatannya.
	“Pengunjung 
	datang ke sini untuk mencari maklumat berkaitan dengan kesihatan. Falun Gong 
	mempunyai kesan yang mengagumkan ke atas kesihatan, bersesuaian dengan 
	keperluan mereka. Jadi, Falun Gong merupakan satu gerai yang sangat popular. 
	Expo ini sangat berjaya,” 
	kata Lin.
	Seorang lelaki datang ke 
	gerai dan berbicara dengan pelajar. Dia berkata dia mempunyai buku Zhuan 
	Falun selama beberapa tahun tetapi tidak pernah membacanya. Beberapa hari 
	yang lepas, dia terdengar berita bahawa sebuah mahkamah Sepanyol telah 
	menerima kes dakwaan terhadap bekas presiden China, Jiang Zemin, dan hari 
	ini dia bertemu dengan Falun Gong lagi. Dia berkata dia pasti akan membaca 
	buku ini sebaik sahaja dia kembali ke rumah.
	Gerai Falun Gong bukan 
	hanya menarik banyak pengunjung, tetapi pengunjung-pengunjung di gerai 
	berhampiran juga datang berkunjung. Ramai daripada mereka datang meminta 
	lebih banyak bahan-bahan klarifikasi kebenaran.
	Expo kesihatan selama tiga 
	hari memberi kesempatan kepada para pelajar untuk memperkenalkan keindahan 
	Falun Dafa kepada banyak rakyat Malaysia. Orang ramai mempelajari tentang 
	latihan ini dan juga penindasan yang berlaku di China.
	Versi Cina boleh diperolehi di 
	
	
	
	
	http://minghui.ca/mh/articles/2009/11/25/213282p.html
    
Versi Inggeris boleh diperolehi di
	
	
	
	
	http://clearwisdom.net/html/articles/2009/11/27/112661p.html