Malaysia: Membantah penindasan Parti Komunis China (PKC) terhadap Falun Gong pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia (Foto)

 Oleh seorang pelajar di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pada 10 Disember, 2010, Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, pelajar Falun Gong di Malaysia mengadakan aktiviti di depan Kedutaan China untuk memprotes penindasan Parti Komunis China (PKC) terhadap pelajar Falun Gong di China. Mereka menyeru manusia sejagat supaya bertindak untuk membantu menghentikan penindasan yang tidak berperikemanusiaan ini.

 

 


Pelajar Falun Gong di Malaysia berada di depan kedutaan China, membantah penindasan terhadap Falun Gong

Perhimpunan yang berlangsung selama 30 minit itu, pelajar Falun Gong memaparkan sepanduk yang bertulis “Anti-penindasan Falun Gong selama sebelas tahun secara rasional dan aman” dan Falun Dafa Baik” di depan Kedutaan China di Jalan Ampang yang sibuk di Kuala Lumpur, serta gambar yang mendedahkan penindasan kejam PKC terhadap pelajar Falun Gong, menyebabkan kenderaan berlalu untuk berhenti dan melihat.

Pelajar Falun Gong membacakan kenyataan dalam Bahasa Cina dan Melayu “Hari Hak Asasi Manusia: Membantah PKC menindas Falun Gong” dan pihak polis yang berada di sana berdiam diri untuk mendengar, keseluruhan aktiviti berjalan dalam suasana aman.

Jurucakap Encik Chua bercakap, “Julai 20, 1999, bekas ketua Parti Komunis China, Jiang Zemin, menghasut untuk menindas Falun Gong, telah berlalu sebelas tahun. Dalam proses anti-penindasan, pelajar Falun Gong telah melalui selama sebelas tahun.”

Dia menunjukkan bahawa untuk menindas Falun Gong, PKC telah menggunakan segala taktik keji, termasuk cara-cara penyeksaan melebihi seratus kaedah, di mana majoritinya ialah wanita dan orang tua. Menurut statistik, semenjak 20 Julai, 1999 yang telah berlalu sebelas tahun, lebih daripada 3,400 pelajar diseksa sehingga mati dalam kes-kes yang terdapat di seluruh China, termasuk 30 wilayah, wilayah autonomi dan bandaraya.

Dia mengatakan, pada tahun 2006 terdapat sumber berita yang boleh dipercayai, di mana Parti Komunis China (PKC) mencuri organ-organ badan pelajar Falun Gong dan membakar mayatnya selepas itu. Jumlah pelajar Falun Gong yang tidak diketahui, yang menahan kesakitan dalam sengsara, dibunuh. Cara Parti Komunis China menghapuskan sifat kemanusiaan, digambarkan sebagai “kejahatan yang belum pernah dilihat di dalam dunia ini.”

Akhirnya, dia menceritakan bagaimana pelajar Falun Gong melalui tempoh sebelas tahun ini: “Pelajar Falun Gong di China dalam sebelas tahun ini, mengikuti prinsip “Sejati, Baik, Sabar”, dan satu hati yang tabah membantah penindasan ini.” Pelajar Falun Gong yang berada di berbagai negara, menggunakan pelbagai cara untuk mengklarifikasikan kebenaran. Mereka rasional dan secara aman, mengklarifikasikan kebenaran terhadap kerajaan di banyak negara, menguatkan suara anti-penindasan. Sebaliknya, dalam proses PKC menindas Falun Gong, orang ramai telah hilang kepercayaan terhadapnya, dan pengunduran beramai-ramai daripadanya menyebabkan penguraiannya."

Sebagai kesimpulan, “Dalam Hari Hak Asasi Manusia ini, kita meminta kepada semua rakyat Malaysia dan dunia, terus untuk memberikan sokongan kepada Falun Gong, untuk membantu menghentikan penindasan selama sebelas tahun."

Latar Belakang

Falun Dafa, atau lebih dikenali sebagai Falun Gong disebar secara luas di China semenjak tahun 1992 dan 'Sejati, Baik, Sabar' sebagai panduan asas. Pelajar Falun Gong mendapat meningkatkan tahap kesihatan dan perbaikan tahap moral. Falun Gong telah tersebar secara luas lebih daripada seratus buah negara, wilayah, dan jumlah pelajarnya melebihi seratus juta orang. Buku utama Falun Dafa ialah Zhuan Falun, telah diterjemahi lebih daripada sepuluh buah bahasa dan diterbitkan di seluruh dunia.

Posting date: 12/13/2010
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/12/13/121922p.html
Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/12/11/世界人权日-马国法轮功学员抗议中共迫害(图)-233515p.html