Pancaragam Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di resort terkenal (Foto)

Oleh seorang pelajar di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pada 7 November, 2010, Pancaragam Alam Syurga yang terdiri daripada pelajar Falun Gong di Malaysia, pertama kali menjejak kaki ke salah satu resort terkenal di Kuantan selama satu hari, mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan pelancong.


Divine Land Marching Band's first ever performance in Kuantan, Malaysia

Kuantan ialah ibu kota bagi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan bandar terbesar di pantai timur Semananjung Malaysia. Perhentian pertama Pancaragam Alam Syurga ialah di Taman Gelora, adalah sebuah taman besar yang dibina di tepi pantai, mempunyai persekitaran yang indah. Satu demi satu lagu dimainkan seperti “Falun Dafa Baik”, “Fa Membetulkan Alam Semesta”, “Gendang dan Sangkakala mengegarkan Dunia Sepuluh Arah”, “Menghadiahkan Harta”, “Kegembiraan kepada Dunia”, “Buddha Maha Muzik Suci”, “Raja Falun”, menarik perhatian orang ramai yang berhampiran untuk berhenti untuk mendengar muzik yang sedap dan mengambil risalah-risalah untuk memahami Falun Gong.

Selanjutnya, Pancaragam Alam Syurga tiba di Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk membuat persembahan dan zoo di bukit ini menarik banyak penduduk tempatan dan pelancong. Setibanya Pancaragam Alam Syurga di pintu hadapan, ramai orang terpesona dan mengambil gambar pada saat ini, menepuk tangan untuk tanda sokongan terutama sekali apabila lagu “Rasa Sayang” iaitu lagu yang popular di Malaysia.

Perhentian terakhir Pancaragam Alam Syurga ialah Pantai Kuantan, di mana terdapat satu jambatan kayu yang memanjang hingga ke laut, menarik banyak orang untuk berkunjung dan bermain. Tempat ini penuh sesak dan kedengaran gendang diketuk, orang ramai mula mendampingi untuk menyaksi persembahan. Semasa persembahan seorang MC juga diatur untuk memberi penjelasan mengenai Falun Dafa supaya orang ramai dapat lebih mengenali Falun Dafa.

Kesimpulannya, persembahan amat berjaya. Kebaikan “Sejati, Baik, Sabar” dan keindahan Falun Dafa ditonjolkan di bandar ini!


Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/11/11/121367p.html
Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2010/11/9/232243p.html