Malaysia : Pelajar diterima hangat di Pulau Ketam (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pelajar mengadakan aktiviti, termasuk latihan berkumpulan dan persembahan Pancaragam Alam Syurga untuk memperkenalkan Falun Gong di Jeti Sungai Lima di Pulau Ketam di Selangor, Malaysia pada Januari 24, 2010. Mereka menerima sambutan hangat daripada penduduk kampung dan pihak berkuasa tempatan.

 

   Pelajar demonstrasi latihan di Jeti Sungai Lima, Klang, Selangor, Malaysia

Pelajar tiba di Sungai Lima, sebuah desa nelayan, pada jam 1 tengah hari, di mana mereka berjumpa dengan ketua kampung sedang menunggu di jeti.

Syarikat Pancaragam Alam Syurga di Malaysia membuat persembahan di pulau tersebut dua tahun yang lalu pada cuti kebangsaan. Pancaragam kembali lagi dan berarak di pulau ini sekali lagi. Penduduk-penduduk kampung bersorak dengan gembira apabila melihat persembahan. Pelajar-pelajar lain membahagikan risalah-risalah tentang Falun Gong di sepanjang laluan perarakan.

Seorang penduduk kampung memberitahu kepada penyelaras aktiviti bahawa dia sedang menanti-nantikan acara ini. Seorang lagi memberitahu bahawa dia pernah melihat persembahan Pancaragam Alam Syurga di Pelabuhan Klang pada tahun lalu di Festival Tanglung, dan dia sangat kagum.

Selepas perarakan, pelajar membuat demonstrasi latihan di jeti. Penduduk-penduduk kampung kagum dengan gerakan lembut dan halus latihan Falun Gong. Ada yang ingin untuk mempelajari Falun Gong selepas mereka mendapat tahu kebaikan fizikal dan mental kepada orang-orang daripada pelbagai kewarganegaraan di lebih daripada 114 buah negara.


Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.ca/mh/articles/2010/1/27/217052p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di
http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/1/30/114251p.html